Description
Sekam padi merupakan lapisan luar biji padi yang tidak boleh dimakan dan dikeluarkan semasa pemprosesan biji padi dikilang. Ia boleh digunakan sebagai media tanaman, bahan alas kandang, campuran makanan haiwan, dibakar atau boleh diproses menjadi arang yang boleh dijadikan media tanaman.
—————————————
Ciri-ciri sekam padi
– Mempunyai kadar rongga (porosity) yang tinggi.
– Ringan dan tidak mudah mampat.
– Sesuai dijadikan sebagai bahan penyerap (absorbent) dan penebat (isolator).
– Boleh digunakan sebagai sungkupan (mulching) dan bahan alas (bedding) bagi ternakan.
—————————————
Kebaikan sekam padi:
1) Menggemburkan tanah
2) Memberikan pengudaraan dan pengairan yang baik untuk tanaman
3) Memberi kelembapan kepada tanaman.
4) Memudahkan pertumbuhan akar-akar baru pada tanaman.
5. Produk yang boleh diperbaharui dan mampan sepenuhnya
—————————————
Sekam padi mentah adalah produk sisa dari kilang padi dan mungkin mengandungi bubuk/kutu beras. Ini tidak dapat dielakkan. Kutu beras ini tidak berbahaya. Sebaiknya kami menyarankan untuk rendam sekam padi mentah dalam air panas sebelum digunakan.
Reviews
There are no reviews yet.