Description
Deskripsi Produk:
Softguard merupakan baja yang mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat dan antivirus yang berfungsi untuk melindungi tanaman daripada penyakit dan tekanan persekitaran serta meningkatkan pertumbuhan tanaman. Produk ini diiktiraf ORGANIK dimana kitosan di dalam softguard diekstrak daripada kulit udang dan cengkeram ketam.
Komposisi:
Bahan aktif:
•Kitosan: 15-20g/L
•K20 ≥ 20g/L
pH: 4-6
—————————————
Kenapa menggunakan Softguard?
•Softguard merangsang sistem imun semulajadi tanaman untuk menentang penyakit tumbuhan (sama seperti vaksin bertindak). Antibiotik untuk tanaman anda.
•Softguard mempunyai ciri-ciri antibakteria, kulat dan virus & melindungi tanaman anda daripada penyakit tumbuhan.
•Softguard meningkatkan kadar percambahan dan pertumbuhan benih.
•Softguard boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka tanaman.
•Softguard membasmi penyakit bawaan tanah dan boleh melindungi tanaman daripada jangkitan nematode.
•Softguard boleh menahan kerosakan nematoda dengan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai untuk nematoda. Selain itu, Softguard membantu kulat yang berparasit pada telur nematoda untuk hidup dalam tanah, yang mana membantu menghapuskan telur nematoda.
•Meningkatkan fotosintesis, yang membawa kepada pertumbuhan yang lebih subur, lebih banyak bunga dan buah-buahan.
•Membantu melindungi tanaman daripada penyakit dengan mengatasi mikroorganisma patogen dan berbahaya.
————————————–
Kesan selepas menggunakan Softguard:
•Jangkitan penyakit, kulat, virus dan bacteria dapat dicegah dengan menggunakan sofguard sebagai langkah pencegahan awal.
•Kadar percambahan dan pertumbuhan benih meningkat.
•Sekiranya tanaman dijangkiti virus ia tidak lagi dapat disembuhkan. Softguard akan memastikan bahawa tanaman yang terkena virus masih dapat tumbuh dengan kuat dan menghasilkan banyak bunga dan buah
————————————-
Aplikasi yang disyorkan:
1.Semburan foliar:
•Larutkan 1.5-2ml softguard dengan 1 liter air.
•Semburkan pada daun seminggu sekali sekurang
2.Aplikasi tanah
•Larutkan 1.5-2ml softguard dengan 1 liter air
•Tuangkan larutan pada tanah & aplikasi seminggu sekali/ 2 minggu sekali
3.Rendaman benih
•Larutkan 1ml softguard bersama 500ml air
•Rendam benih bersama larutan selama 6 jam untuk meningkatkan kadar percambahan.
—————————————-
Kami merupakan PAKAR LEILI & serta PENGEDAR SAH DI SHOPEE & LAZADA. Jika anda menginginkan nasihat mengenai cara penggunaan, mari berbual dengan kami, kami boleh membantu untuk membuat perancangan LEILI yang bersesuaian bagi membantu dan menyelesaikan masalah anda.
2019 – Anugerah Perkhidmatan dan Sokongan 2019
2020-2021- Pusat Servis Premium bagi AMALAN PERTANIAN SEIMBANG LEILI
Reviews
There are no reviews yet.